MY SITE
  • REFLEKSI DIRI
  • TUGASAN
  • BIODATA DIRI
  • TEKNOLOGI PENDIDIKAN
  • FOTOGRAFI

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

May 12th, 2017

5/12/2017

0 Comments

 

10 GAMBAR INOVASI

Picture
1. Garmin Meter
      
Garmin merupakan satu teknologi yang semakin diguna pakai oleh pelumba basikal masa kini.Ini adalah kerana meter Garmin ini mempunyai banyak fungi yang dapat digunakan antaranya seperti GPS,Heart Rate,Calories,Distance,Time dan banyak lagi.Meter ini telah dihasilkan oleh Gary Burnell dan Min Kao pada October 1989 di Lenexa,Kansas,US.
Tujuan teknologi ini dicipta adalah kerana bagi memudahkan proses latihan bagi setiap atlet berbasikal dan jurulatih untuk menilai setiap prestasi pelumba selepas tamat latihan.Pelumba dapat mengetahui jarak yang mereka berkayuh dan berapa banyak kalori yang telah mereka bakar pada setiap kayuhan mereka.

Picture
2.Polar Watched

Jam polar ini diperkenalkan dan dihasilkan di Kempele, Finland pada 1977 oleh Seppo  Saynajakangas.Jam ini berfungsi untuk mengesan degupan jantung.Jam ini juga mempunyai fungsi lain seperti kalori dan masa.Apa yang menarik tentang jam polar ini adalah jam ini mempunyai level atau tahap terhadap degupan jantung yang telah direkodkan sendiri oleh pengguna jam tersebut.Pengguna jam tersebut perlu menetapkan umur,berat,tinggi, dan degupan jantung paling tinggi(max heart rate).Setelah direkodkan kesemuanya,sistem didalam jam tersebut akan mengesan tahap degupan jantung pengguna dan ia akan mengeluarkan bunyi apabila seseorang itu menaiki tahap degupan jantung dari rendah ke tinggi.Oleh itu,pengguna dapat mengetahui tahap yang telah mereka lalui dan lebih berhati hati supaya tidak terlalu tinggi dan akan menyebabkan kematian mengejut kerana jantung terlalu laju dan tidak dapat menahannya.Jam ini kebanyakkan digunakan oleh pelumba basikal dan pelari marathon.

Picture
​3.Tissot Timing
​
Teknologi yang diperbaharui oleh Tissot merupakan teknologi yang sangat memberangsangkan.Tisssot telah dihasilkan oleh George Nicolas Hayek Jr di francis.Teknologi ini telah diguna pakai pada perlumbaan basikal lebuhraya dan terkenal dengan perlumbaan Le Tour De France.Teknologi ini adalah untuk memberikan keputusan rasmi pada setiap perlumbaan tanpa sebarang masalah kerana timing chip yang berada di basikal akan mengesan setiap pelumba dan kamera juga telah ditambah bagi mengesan dengan lebih tepat keputusan tersebut.

Picture
​4.VO2max
​
Vo2max telah dihasilkan oleh Nerio Alessandri di Casena, Italy.Vo2max ini bukan sahaja digunakan oleh sukan berbasikal,malah semua sukan mempunyai vO2max bagi menilai tahap atlet dalam pengambilan oksigen per minit.
VO2 max adalah volume maksimal O2 yang diproses oleh tubuh manusia pada saat melakukan kegiatan yang intensif. Volume O2 max ini adalah suatu tingkatan kemampuan tubuh yang dinyatakan dalam liter per menit atau milliliter/menit/kg berat badan .
Dengan mengukur jumlah oksigen yang dipakai selama latihan, kita mengetahui jumlah oksigen yang dipakai oleh otot yang bekerja. Makin tinggi jumlah otot yang dipakai maka makin tinggi pula intensitas kerja otot.Tingkat Kebugaran dapat diukur dari volume Anda dalam mengkonsumsi oksigen saat latihan pada volume dan kapasitas maksimum. Kelelahan atlet yang dirasakan akan menyebabkan turunnya konsentrasi sehingga tanpa konsentrasi yang prima terhadap suatu permainan, sudah hampir dipastikan kegagalan yang akan diterima.

Picture
​5.Go Pro Camera
     
Go Pro camera ini adalah teknologi baru yang telah banyak dugunakan oleh banyak sukan.Go pro camera ini telah dihasilkan oleh Nick Woodman dan Tony Bates pada tahun 2002 di San Mateo, Carlifornia,US.Go pro camera juga terkenal di kalangan pelumba basikal kerana mereka dapat melihat semula video yang telah mereka rakam sepanjang waktu mereka berkayuh.Teknologi ini juga telah memberi kemudahan terhadap pelumba dan jurulatuh untuk menganalisis kesilapan ketika perlumbaan berlangsung.

Picture
​6.Time Trial Bike/basikal ujian masa
​
Basikal ini digunakan oleh pelumba dalam acara ujian masa individu atau berpasukan.Hal ini kerana geomatri yang direka terhadap basikal tersebut lebih aerodinamik dan selesa digunakan waktu berkayuh dalam acara tersebut.Reka bentuk basikal ini telah dihasilkan pada tahun 1980 iaitu inovasi yang telah dilakukan oleh pelumba basikal Greg Lemons Bottecia apabila beliau memasang aerobar pada basikal beliau dan memenangi pada kejohanan Le Tour De France.


Picture
7.​Cycling Crank and Chainring(ROTOR)

Teknologi yang telah dilakukan terhadap chainring ini telah digunakan di tahap dunia dan telah diguna oleh pelumba pelumba profesional.Ini adalah kerana hasil reka bentuk yang menarik perhatian para pelumba dan teknologi yang telah dicipta adalah bertujuan untuk memudahkan setiap kayuhan.Dengan menggunakan chainring ini,pelumba dapat menjimatkan tenaga contoh jika berkayuh dalam kelajuan 50km/j menggunakan 70% tenaga seseorang itu,dengan menggunakan chainring ini ia akan menjmatkan 10-20% dari tenaga pelumba tersebut. Q ring ini telah dihasilkan di United Kingdom oleh Pablo Carrasco.

Picture
8.​Cycling Jersey


Jersi basikal yang telah diteknologikan bagi memberi keselesaan kepada pelumba basikal.Jersi ini telah direka untuk lebih aerodinamik,tidak panas dan ringan.Jersi ini telah direka oleh Simon Mottram dan Luke Scheybeler di London,England pada tahun 2004.jersi ini lebih menarik kerana perekanya akan melakukan teknologi dan rekabentuk baru pada masa ke semasa.

Picture
Picture
9​.Trainer dan Roller

                                                                             
Teknologi yang telah dihasilkan ini adalah bagi memudahkan para pelumba untuk melakukan latihan dan pemanasan badan(warming up).Hal ini kerana trainer ini dapat digunakan apabila cuaca hujan atau buruk yang menyebabkan pelumba tidak dapat melakukan latihan di luar.Teknologi ini telah menyelesaikan masalah bagi pelumba dan jurulatih.Roller juga digunakan bagi pemasan badan kerana pelumba tidak perlu berkayuh 10km untuk melakukan pemanasan badan.Namun pelumba hanya perlu berkayuh di atas roller tersebut dan mudah untuk dilakukan.teknologi ini telah dihasilkan di Britain oleh Al Kreitler.
Picture
​10.SRAM RED WIRELESS GROUPSET
 
Syarikat SRAM ini telah ditubuhkan di Chicago,United States oleh Stanley R.Day JR pada tahun 1987.Namun begitu,teknologi yang terbaru yang telah dikeluarkan paada tahun 2016 amat mengejutkan kerana pada pertama kalinya komponen dan alatan basikal menggunakan wireless atau tanpa menggunakan wayar.Teknologi ini dapat digunakan oleh pelumba dengan reka bentuknya yang amat selesa dan mudah untuk dipasang.

10 VIDEO YOUTUBE

KULIT BUKU 

Picture

BAHAN BANTU MENGAJAR

ABSDOMEN TRAINER
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

VIDEO DAN REPORT ESEI PEMBENTANGAN

full.docx
File Size: 175 kb
File Type: docx
Download File

VIDEO KUMPULAN 

ISU BERKAITAN PENDIDIKAN SUKAN REKREASI

              ISU GURU SUKAN DAN GURU KHAS TIDAK MAHIR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

            Teknologi dalam pendidikan ini adalah salah satu cara penyampaian seseorang itu dalam menggunakan alat yang berteknologi.Sebagai contoh telefon,Ipad,laptop dan sebagainya.Dalam isu yang ditekankan pada waktu kini adalah berkaitan dengan guru yang kurang mahir untuk menggunakan alat-alat sebegini dalam pengajaran dam pembelajaran mereka.Hal ini perlu diambil berat oleh setiap guru bahawa cara pembelajaran masa kini semakin meningkat.Dengan menggunakan alat yang berteknolgi tinggi ini,ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka seharian.Guru juga sedia maklum bahawa bukan semua pelajar di sekolah dapat mempelajari sesuatu pelajaran dengan hanya percakapan atau dikenali sebagai Chalk and Talk.Oleh itu terdapat beberapa aspek yang menyebabkan seseorang guru sukan itu kurang mahir dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

         Pelbagai isu akan timbul dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan timbul apabila seseorang guru mempunyai masalah pengajaran mereka dalam menggunakan teknologi. Walaupun penggunaan alat teknologi ini banyak faedahnya dalam pengajaran dan pembelajaran , namun tidak ramai guru yang menggunakan kemudahan yang disarankan oleh kerajaan ini. Antara alasan yang sering diperdengarkan oleh guru adalah kekangan masa dalam menyediakan bahan ABM dalam membina persembahan dan mengintergrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukkan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru itu sendiri. Walaupun dengan penggunaan teknologiini boleh menarik minat pelajar , namun segelintir guru lebih suka menggunakan kaedah tradisonal dalam pengajaran mereka. Bagi mereka kaedah ini lebih mudah dan cepat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sekiranya guru tidak menguasai kemahiran alat teknologi, ini akan menyebabkan masa akan terbuang begitu sahaja kerana guru berkenaan terpaksa mengambil masa yang agar lama untuk menyediakan persiapan pengajaran dan pembelajaran.

           Kebanyakkan guru sukan pada masa kini,mererka tidak mengkreativitikan cara pengajaran mereka.Sudah menjadi tradisi turun temuran apabila waktu sukan,guru akan memberi sebiji bola untuk pelajar lelaki dan satu biji bola jaring untuk pelajar wanita.Jika dilihat dan dikaji pada kebanyakkan sekolah,majoritinya adalah sebegitu dan masih tidak berubah.Ini adalah kerana seseorang guru itu kemungkinan mengikut cara guru sukan mereka mengajar semasa mereka menjadi pelajar dahulu.
​
Walau bagaimanapun,Cara ini masih boleh diatasi dengan adanya teknologi dalam pendidikan ini.Cara pengajaran ini juga telah diperkatakan dan disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Oleh itu,guru perlu memainkan peranan dalam menyediakan bahan mengajar menggunakan alat teknologi yang disarankan oleh KPM.Sebagai contoh,Seorang guru juga boleh menggunakan Ipad untuk memperlihatkan video-video berkaitan dengan sukan kepada pelajar,Ini juga membawa kesan positif jika seseorang guru itu bercerita tentang atlet berbasikal negara sedangkan pelajar mereka tidak mengenali atket tersebut.dengan adanya teknologi seperti Ipad,guru dapat memperlihatkan kepada pelajar atlet berbasikal negara dengan menggunakan masa yang singkat.Pelajar juga akan berasa seronok dalam cara pengajaran guru tersebut.

             Terdapat banyak cabaran dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan matematik. Bukan sahaja melibat kepada kesesuaian perisian yang digunakan, malah juga melibatkan sikap guru. Dalam satu kajian yang melibatkan penggunaan komputer di empat buah sekolah di Amerika Syarikat, latihan teknologi maklumat yang konsisten terhadap kakitangan telah dikenal pasti sebagai satu faktor yang penting yang memupuk sikap positif dalam kalangan guru yang seterusnya membawa kepada perubahan dalam aktiviti profesional guru dalam teknologi maklumat selepas dua tahun.
​
Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan umur, mendapati, secara keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telah terdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan golongan guru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Guru perlu bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan positif serta berusaha menangani perubahan dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas. Dalam situasi pembelajaran, guru perlu membuat perkaitan yang eksplisit atau jelas antara teknologi dan pengetahuan professional mereka sebagai kaedah, atau kandungan subjek yang diajar.

             Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan teknologi yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yangberlaku di sekolah pendidikan khas. Analisis pendidikan khas merujukpada kegiatan yang menjelaskan unsur-unsur dalam pendidikan khas,termasuklah peristilahan, doktrin, atau ajaran.Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh guru dalam mendidikpelajar khas. Ini kerana pendekatan penerimaan pembelajaran merekaamat berbeza dengan pelajar biasa. Menurut Effandi Zakaria (2004), pelajarkhas ini menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang. Merekamenghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa, dan sebagainya.Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaianberbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Justeru itu,pengenalan teknologi kepada pelajar khas merupakan satu idea yang perludipertimbangkan terlebih dahulu, kerana teknologi memerlukan pelajar yang menguasai dan berkemahiran dalam menggunakannya.

Oleh itu, tahappelajar khas yang sederhana dalam pencapaian akademik dibimbangi akan menyebabkan mereka takut dan tidak berminat menguasai teknologi. Ini akan menjadi satu kerugian jika teknologi tidak diaplikasi dalam pendidikan kerana banyak kelebihan boleh digunakan melaluinya. Berdasarkan kepada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd Arif Hj Ismail dan Norsiati Razali @ Mohd Ghazali (2003) ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan, Negeri Pahang, Malaysia didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Oleh itu, tahap penggunaan komputer di Sekolah Pendidikan Khas menjadi persoalan yang boleh dikaji, ekoran daripada kajian yang telah dijalankan di sekolah bestari kerana perlaksanaan di kedua-dua sekolah adalah berbeza.

5 SARANAN TENTANG KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT

1.MENINGKATKAN MINAT PELAJAR
-Perkara ini adalah kerana guru dapat menarik minat pelajar dalam penggunaan ICT kerana pelajar lebih berminat jika pengajaran guru mempunyai video atau gambar terutama pelajar khas.

2.MUDAH UNTUK MENCARI MAKLUMAT
-Hal ini kerana maklumat lebih mudah didapatkan dengan hanya menggunakan google dan sebagainya.

3.MEMPELBAGAIKAN CARA PENGAJARAN
-Guru dapat menggunakan alat berteknologi kepada pelajar pada waktu pendidikan jasmani dengan menggunakan Ipad sebagai contoh untuk menunjukkan video atau berita sukan terkini dengan cepat dan mudah.

4.TIDAK MEMBEBANKAN PELAJAR
-Guru menggunakan ICT dalam memberi kerja rumah dan dapat dilakukan dimana mana sebagai contoh di UKM menggunakan Ifolio.
​
5. MENGUBAH PENGALAMAN PEMBELAJARAN
-Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara.

0 Comments
    Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • REFLEKSI DIRI
  • TUGASAN
  • BIODATA DIRI
  • TEKNOLOGI PENDIDIKAN
  • FOTOGRAFI