TUGASAN 8
TUGASAN 6:BROCHURE

web_2.0.docx | |
File Size: | 66 kb |
File Type: | docx |
TUGASAN 5:RESPONSE BORANG SOAL SELIDIK
TUGASAN 4:BORANG SOAL SELIDIK
Maklumat Demografi
Umur
Jantina
1.Adakah web 2.0 membantu anda pada masa kini?
2. Sejauh manakah Web 2.0 telah memberi pengetahuan yang baik kepada anda?
12345
=
3. Wajarkah Web 2.0 digelar aplikasi yang sangat membantu kepada masyarakat?
4. Adakah anda setuju bahawa Web 2.0 telah membantu masyarakat untuk menyuarakan pendapat di laman tersebut?
5. Adakah anda setuju bahawa Web 2.0 menjana kebebasan bersuara kepada masyarakat?
E-LEARNING6.Adakah E-Learning membantu anda dalam kehidupan seharian?
7.Adakah E- learning berkembang sangat pesat dari semasa ke semasa sehingga menjadikan pembelajaran jauh lebih mudah, efektif dan efisien ?
8. Adkah E- learning sesuai digunakan oleh golongan kanak -kanak?
9.Adakah E- learning sesuai untuk bidang Pendidikan dan Pekerjaan?
10.E - learning memberikan lebih kesan positif kepada masyarakat berbanding kesan negatif ?
MOBILE LEARNING11. Setujukah anda bahawa mobile learning ini membantu anda untuk melengkapkan sistem pembelajaran anda?
12. mobile learning ini memudahkan anda untuk mencari maklumat?
13.wajarkah penggunaan mobile learning ini dalam sistem pembelajaran anda?
14. penggunaan mobile learning ini meningkatkan prestasi pembelajaran anda?
15.Pada pandangan anda, wajarkah penggunaan mobile learning ini didalam sistem pembelajaran di sekolah mahupun Ipt?
16.Pada pandangan anda,wajarkah perisian ini digunakan kepada seluruh masyarakat pada masa kini?
Maklumat Demografi
Umur
- 15-21
- 22-25
- 25-35
- 35 ke atas
Jantina
- Lelaki
- Perempuan
1.Adakah web 2.0 membantu anda pada masa kini?
- Sangat tidak membantu
- Tidak membantu
- Membantu
- Sangat membantu
2. Sejauh manakah Web 2.0 telah memberi pengetahuan yang baik kepada anda?
12345
=
3. Wajarkah Web 2.0 digelar aplikasi yang sangat membantu kepada masyarakat?
- Sangat tidak wajar
- Kurang wajar
- Wajar
- Sangat wajar
4. Adakah anda setuju bahawa Web 2.0 telah membantu masyarakat untuk menyuarakan pendapat di laman tersebut?
- Sangat tidak setuju
- Kurang setuju
- Setuju
- Sangat setuju
5. Adakah anda setuju bahawa Web 2.0 menjana kebebasan bersuara kepada masyarakat?
- Sangat tidak setuju
- Kurang setuju
- Setuju
- Sangat setuju
E-LEARNING6.Adakah E-Learning membantu anda dalam kehidupan seharian?
- Sangat Membantu
- Kurang Membantu
- Membantu
- Tidak Membantu
7.Adakah E- learning berkembang sangat pesat dari semasa ke semasa sehingga menjadikan pembelajaran jauh lebih mudah, efektif dan efisien ?
- Ya
- Tidak
8. Adkah E- learning sesuai digunakan oleh golongan kanak -kanak?
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak setuju
9.Adakah E- learning sesuai untuk bidang Pendidikan dan Pekerjaan?
- Sangat sesuai
- Sangat Tidak sesuai
10.E - learning memberikan lebih kesan positif kepada masyarakat berbanding kesan negatif ?
- Sangat tidak setuju
- Kurang setuju
- Setuju
- Sangat setuju
MOBILE LEARNING11. Setujukah anda bahawa mobile learning ini membantu anda untuk melengkapkan sistem pembelajaran anda?
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
12. mobile learning ini memudahkan anda untuk mencari maklumat?
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- setuju
- Sangat setuju
13.wajarkah penggunaan mobile learning ini dalam sistem pembelajaran anda?
- Sangat tidak wajar
- Tidak wajar
- wajar
- Sangat wajar
14. penggunaan mobile learning ini meningkatkan prestasi pembelajaran anda?
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
15.Pada pandangan anda, wajarkah penggunaan mobile learning ini didalam sistem pembelajaran di sekolah mahupun Ipt?
- Sangat tidak wajar
- Tidak wajar
- Wajar
- Sangat wajar
16.Pada pandangan anda,wajarkah perisian ini digunakan kepada seluruh masyarakat pada masa kini?
- Sangat tidak wajar
- Kurang wajar
- Wajar
- Sangat wajar
TUGASAN 3

tugasan_3__web_2.0_and_e-learning_.pptx | |
File Size: | 1115 kb |
File Type: | pptx |
TUGASAN /ASSIGNMENT 2
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & CONTENT MANAGEMENT SYSTEM
Learning Management System (LMS)
Sistem Pengurusan pembelajaran adalah sebuah sistem yang dikait rapat dengan guru atau pensyarah.Sistem ini juga dapat dicipta secara online dan seorang tenaga pelajar dapat memuat naik soalan atau kerja menggunakan sistem pengurusan pembelajaran ini.Sistem ini biasanya digunakan apabila seseorang guru atau pensyarah ingin memberi maklumat atau kerja rumah kepada pelajar mereka.Dengan menggunakan sistem ini,guru dan tenaga pelajar dapat menjimatkan masa untuk memberi kerja rumah kepada pelajar mereka.
LMS ini juga mudah untuk digunakan kerana tenaga pengajar tidak perlu membuang masa untuk menanda kertas atau kerja rumah yang telah diberikan.Sebaliknya,apabila pelajar tamat melakukan kerja tersebut,mereka dapat menyemak markah mereka di laman web tersebut.Sistem pengurusan pembelajaran ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa,malahan dapat menjimatkan wang ringgit untuk membeli kertas,fotostat dan sebagainya.
Selain itu,seorang guru juga mampu membuat kelas secara online dan secara tidak langsung pelajar dan guru dapat menyertai kelas online ini walaupun mereka berada di tempat yang berasingan dan berjauhan antara satu sama lain.Guru juga boleh menukar atau mengubah gred markah di LMS tersebut mengikut keinginan dan taraf soalan taraf soalan tersebut.
CONTENT MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
Sistem Pengurusan Kandungan adalah sebuah perisian komputer untuk pengguna menyunting,menerbit atau mengubah data data di dalam laman web yang telah disedaiakan oleh CMS. CMS juga menguruskan pelbagai dokumen dan mempermudahkann langkah untuk menerbit kandungan di dalam laman web.Misalnya jika menggunakan HTML,CSS dan JS pengguna dapat mengemas kini dokumen di dalam laman web dengan mudah dan cepat.Prosedur CMS ini mempunyai manual dan automatik.
CMS diwujudkan bagi mempercepatkan proses pengurusan dan penerbitan di dalam blog atau website pengguna.CMS yang paling terkenal oleh pengguna contohnya seperti Wordpress.CMS telah direka bagi memudahkan pengguna untuk menerbit,menyunting dan mengubahsuai di dalam blog secara mudah.CMS juga dijamin percuma tanpa mengeluarkan wang ringgit.CMS juga mempunyai pelbagai reka bentuk bagi pengguna menggunakan di dalam blog atau website masing masing mengikut cita rasa dan kreativiti tersendiri.
Dengan adanya CMS ini,pengguna dapat menjimatkan masa untuk menerbit atau membuat pengubahsuaian di dalam blog mereka.Sebagai contoh bagi memudahkan pengguna mengetahui apa itu CMS ialah seperti Movie Maker untuk memendekkan atau mengecilkan sesebuah video tersebut.Dengan kaedah ini pengguna lebih mudah untuk memuat naik video yang mereka inginkan dan tidak perlu menggunakan masa yang lama untuk memendekkan sesuatu video tersebut.Oleh itu,pengguna dapat menjimatkan masa dalam penggunaan CMS ini.
SUMBER PERISIAN PERCUMA UNTUK LMS dan CMS
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM
Sistem pengurusan pembelajaran mempunyai perisian percuma dan diantaranya adalah seperti:
>IFOLIO
>SMPWEB
>WEEBLY
>GOOGLEDRIVE
>GMAIL
CONTENT MANAGEMENT SYSTEM
Sistem pengurusan kandungan juga mempunyai perisian percuma dan diantaranya adalah seperti:
>WORDPRESS
>JOOMLA
>DRUPAL

TUGASAN/ASSIGNMENT 1
KOMPUTER SEBAGAI 'ALAT,GURU DAN PELAJAR'
Komputer adalah alat kepada masyarakat pada masa kini.Hal ini demikian kerana seluruh masyarakat di dunia ini menggunakan komputer sebagai alat pertama untuk diguna pakai di pejabat,rumah dan sebagainya.Komputer juga merupakan asas utama bagi seseorang individu untuk membuat sesuatu kerja.Kenapa komputer adalah asas utama?Hal ini kerana komputer dihasilkan dengan pelbagai kemudahan untuk pengguna menggunakannya.Dengan adanya komputer,masyarakat di dunia ini boleh melayari laman sesawang untuk mencari sesuatu maklumat di dalamnya.Fungsi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada beberapa kategori utama iaitu komputer sebagai alat,komputer sebagai guru dan komputer sebagai pelajar.
KOMPUTER SEBAGAI ALAT
Penggunaan komputer sebagai alat merujuk kepada penggunaan komputer untuk membantu guru menyelesaikan segala urusan pekerjaan dan pengajarannya.Hal ini demikian kerana guru tidak perlu bersusah payah untuk mencari maklumat di merata tempat,Contohnya,seorang guru tidak lagi perlu mencari maklumat di perpustakaan atau pergi di merata tempat untuk mencari bahan rujukan mereka.Malahan seorang guru hanya menggunakan hujung jari mereka untuk menaip apa yang meraka mahu di dalam komputer.Dengan adanya Google dan Internet,semua pekerjaan seorang guru akan lebih mudah dan cepat.Antara pengisian yang boleh digunakan adalah pemprosesan perkataan,alat grafik,perisian persembahan,program pengurusan pangkalan data dan helaian hamparan elektronik.
Guru juga boleh mempersembahkan pembelajaran kepada anak murid mereka di kelas atau makmal hanya menggunakan komputer.Dengan ini,seorang guru tidak lagi perlu membawa buku yang banyak sedangkan dengan hanya membawa sebuah komputer riba dapat mengisi atau mempersembahkan banyak maklumat.
Pemprosesan perkataan merupakan aplikasi yang paling meluas digunakan dalam penggunaan komputer . Melalui aplikasi ini guru boleh menyediakan rancangan pengajaran,bahan bercetak,membuat soalan peperiksaan dan sebagainya.Grafik merujuk kepada apa jua yang berkaitan dengan carta, graf, lukisan,gambar animasi atau fotografi Antara pakej grafik yang popular adalah seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Microsoft Power Draw.Dengan adanya kaedah grafik ini,guru dapat mempelbagaikan persembahan dalam pembelajaran murid meraka di dalam kelas.Guru juga boleh menghasilkan pelbagai reka bentuk dengan menggunakan pakej grafik ini.Bagi perisian persembahan merupakan alternatif terbaik kepada tayangan slaid atau projektor.Perisian persembahan mudah dibina kerana penghasilannya tidak memerlukan proses yang rumit.Hal ini kerana guru hanya membawa komputer riba mereka dan menyambungkan kepada projektor seterusnya dapat mempersembahkan kepada pelajar -pelajar.Perisian persembahan juga dapat menyediakan nota bergambar dan ia sedikit sebanyak dapat memberikan contoh yang jelas.
Selain itu,pangkalan data merupakan sumber sumber yang dapat mengumpulkan maklumat.Guru boleh menggunakan pangkalan data untuk membangunkan rekod pelajar,maklumat peperiksaan pelajar,biodata pelajar dan sebagainya.Tujuan pangkalan data ini diadakan supaya guru boleh menyimpan data data dengan selamat dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.Seterusnya,tujuan asas helaian hamparan elektronik sebagai alat pengiraan.Guru dapat memanfaatkan perisian sebigini untuk menghasilkan rekod kemajuan dan prestasi pelajar serta menyimpan rekod secara sistematik.Jadi guru tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kehilangan rekod rekod pelajar yang mereka simpan.Dengan adanya helaian hamparan elektronik ini akan membantu guru dari segi aspek kehilangan,kecuaian serta dapat menyelamatkan rekod tersebut.
Perkembangan teknologi komputer kini menjadikan pengetahuan kita di dalam dunia ini luas tanpa sempadan.Dengan adanya internet,masyarakat kini dapat mengakses maklumat dengan mudah dan pantas.Di Malaysia,Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah diwujudkan bagi pelajar di negara ini mengetahui cara-cara menggunakan komputer dan internet dengan lebih lanjut dan betul.Hal ini demikian kerana internet juga memberikan impak yang besar kepada masyarakat,guru dan pelajar.Internet juga banyak memberikan maklumat dan membantu dengan pelbagai bentuk.Hal ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pembelajaran dan kehidupan masyarakat seharian.
KOMPUTER SEBAGAI GURU
Dalam kategori komputer sebagai guru ini komputer juga berperanan sebagai guru untuk mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar.Sebagai seorang pelajar,sikap yang inginkan maklumat sentiasa di dalam minda setiap pelajar.Dengan adanya komputer ini,pelajar dapat jadikan sebagai rujukan dan proses pembelajaran akan berlangsung dengan mudah dan cepat.Pelajar juga tidak perlu untuk berjalan dengan jauh untuk mencari maklumat,malahan dengan menggunakan komputer juga seorang pelajar dapat menerima maklumat dengan mudah.Ini menunjukkan bahawa komputer juga menjadi pembimbing seseorang pelajar.Kita tidak dapat menafikan bahawa kebanyakkan pelajar secara amnya mempunyai komputer.Ini kerana komputer juga memberi peranan yang sangat penting kepada setiap individu.
Penggunaan komputer sebagai guru juga memerlukan respon yang baik dari pelajar demi pembelajaran berlangsung dengan baik.Aplikasi komputer sebagai guru juga sering disebutkan sebagai pengajaran berasaskan komputer,pengajaran berbantukan komputer dan sebagainya.Terdapat beberapa aplikasi perisian dalam kategori pengajaran berasaskan komputer iaitu tutorial,latih tubi,simulasi,realiti maya,permainan, dan penyelesaian masalah.Dalam aplikasi tutorial ini,komputer menyampaikan maklumat pengajaran,latihan dan sebagainya kepada pelajar.Pelajar yang menggunakan aplikasi ini akan belajar mengikut kemampuan diri masing masing.Setiap individu mempunyai bakat dan kemampuan tersendiri.Jadi,aplikasi ini amat sesuai untuk digunakan bagi setiap pelajar demi meningkatkan kefahaman dalam diri masing masing.
Selain itu,kaedah latih tubi digunakan bagi mengukuhkan kefaham dan kemahiran atau konsep dapat disimpan dalam jangka masa yang panjang.Faedah latih tubi ini adalah pelajar dapat mengingat kembali maklumat yang telah dibincangkan oleh guru dan seterusnya pelajar dapat mengaplikasikan dalam kaedah ini di dalam komputer.Selain itu pelajar juga dapat menerima dan memberi respon terhadap komputer apabila latih tubi ini dijalankan.Latih tubi juga dapat meningkatkan daya pengingatan dan menggunakan semula maklumat yang mereka pelajari berbanding aplikasi tutorial yang hanya mendedahkan kepada pelajar tentang tajuk atau isi pelajaran yang baru.
Seterusnya,kaedah permainan adalah sebahagian proses pembelajaran masa kini.Terdapat sebilangan yang besar di seluruh dunia meminati permainan.Jadi tidak salah jika kaedah ini diadakan dan kaedah ini juga secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar.Kaedah permainan ini boleh diaplikasikan kaedah latih tubi,simulasi dan penyelesaian masalah.Kajian telah mendapati bahawa kaedah permainan ini telah berkesan dan menarik minat pelajar di Afrika Selatan dalam perisian permainan bertajuk fotosintesis dan respirasi.Kajian juga mendapati penggunaan perisian permainan telah meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains serta membantu memahami konsep fotosintesis dan respirasi dengan lebih mendalam.Bagi aplikasi penyelesaian masalah,pelajar berpeluang menguasai kemahiran tertentu mengikut diri masing masing.Kaedah penyelesaian masalah ini juga dapat meningkatkan motivasi dan kemahiran pelajar mengaplikasikan maklumat yang mereka perolehi dan membuat penyelidikan.
KOMPUTER SEBAGAI PELAJAR
Dalam kaedah komputer sebagai pelajar pula,pelajar memainkan aspek penting kerana mereka bertukar peranan dengan komputer.Dalam aplikasi ini,komputer tidak lagi menjadi aspek utama kerana keseluruhannya terletak kepada pelajar.Aplikasi ini juga tidak lagi menyampaikan dan memberi maklumat kepada pelajar,sebaliknya pelajar memainkan peranan penting untuk mengajar komputer itu sendiri.Sebagai pelajar,kita perlu menjadi guru kepada komputer kerana kita sendiri mengajar komputer itu untuk membuat tugasan tugasan tertentu.Pelajar juga perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan kecekapan untuk mengajar komputer tersebut.Kemahiran ini memerlukan pemikiran logik yang tinggi untuk menghasilkannya.Kesimpulannya,terdapat banyak kaedah yang boleh kita gunakan terhadap komputer.Bagi pelajar,mereka boleh menggunakan komputer sebagai alat,guru atau pelajar.